suria

Rozita bimbang lakonan bomoh ‘susuk’ undang kontroversi

TANYALAH kepada mana-mana pelakon, pasti mereka teringin berlakon apa-apa watak yang memberikan kelainan dalam diri.

Begitu juga dengan aktres jelita Rozita Che Wan yang gemarkan cabaran dalam setiap watak yang dilakonkan.

Terbaru, Rozita mencari kelainan dengan mencuba watak seorang bomoh ‘susuk’ moden menerusi telefilem ‘Gondoruwor’ arahan Yeop Hitler.

“Saya akan berlakon sebuah telefilem bergenre seram berjudul ‘Gondoruwor’ yang akan dimuatkan dalam slot Cerekarama di TV3.

“Saya melakonkan watak seorang bomoh ‘susuk’ moden yang kononnya membuka sebuah salon tetapi dalam masa yang sama saya membuat kerja lain.

“Saya berasa risau juga jika lakonan saya ini akan mengundang kontroversi.

“Tetapi saya terima juga sebab saya nak pelbagaikan watak,” beritahunya yang sedang menyelesaikan pengambaran filem ‘Adik Manja’.

Menurut kakak kepada aktres Ayu Raudhah ini, dia akan memulakan pengambaran telefilem bergenre seram itu pada 20 Ogos ini di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, wajah Rozita juga boleh ditonton di kaca TV menerusi drama bersiri ‘Bara Ku Genggam’, ‘Diari Ramadhan Rafique’ dan ‘Puteri Aurora Beradu’.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain