suria

Jessica Simpson kini takut berhalusinasi

Jessica Simpson telah ke Jepun untuk penggambaran rancangan realiti TV terbarunya "The Price of Beauty" ketika gempa bumi kuat melanda Tsuruga Bay. -foto AP
Jessica Simpson telah ke Jepun untuk penggambaran rancangan realiti TV terbarunya
Jessica Simpson telah ke Jepun untuk penggambaran rancangan realiti TV terbarunya "The Price of Beauty" ketika gempa bumi kuat melanda Tsuruga Bay. -foto AP

PENYANYI dan pelakon Amerika, Jessica Simpson memberitahu ketika dia terperangkap dalam kejadian gempa bumi di Jepun, dia merasakan dirinya sedang berhalusinasi.

Jessica telah ke Jepun untuk penggambaran rancangan realiti TV terbarunya "The Price of Beauty" ketika gempa bumi kuat melanda Tsuruga Bay, yang terletak di barat daya Tokyo, pada awal pagi Selasa lalu. Gempa itu berlaku pada 6.6 skala richter," lapor satu sumber.

"Saya fikir saya sedang berhalusinasi ketika itu. Saya tidak pernah mengalami situasi ini dalam hidup saya," seperti yang tertulis dalam blog Jessica.

Mujurlah, tiada sebarang kerosakan berlaku akibat gempa bumi tersebut. Tetapi amaran tsunami telah dikeluarkan di Lautan India selepas berlakuknya gempa bumi tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain