suria

Jennifer Lopez tidak mahu buat pembedahan plastik

Penyanyi dan Pelakon, Jennifer Lopez ketika tiba di Muzium Kostum Seni, New York. foto-AP
Penyanyi dan Pelakon, Jennifer Lopez ketika tiba di Muzium Kostum Seni, New York. foto-AP
Penyanyi dan Pelakon, Jennifer Lopez ketika tiba di Muzium Kostum Seni, New York. foto-AP

WALAUPUN terpaksa bertungkus lumus untuk mengembalikan bentuk badanya asalnya selepas baru sahaja melahirkan anak, Jennifer Lopez tetap tidak mahu menjalani pembedahan plastik untuk mencapai hasratnya itu.

Penyanyi dan pelakon terkenal itu mengatakan dia mahu kecantikan yang 'semulajadi'.

Tahun lepas, Jennifer melahirkan dua anak kembar iaitu Max dan Emme. Berat badanya naik 60 pound semasa mengandungkan anaknya itu.

"Pada mulanya saya fikir berat saya akan turun dengan mudah selepas melahirkan anak. Tapi ia sebenarnya bukan proses yang mudah.

"Saya sama sekali tidak mahu menjalani pembedahan plastik kerana saya tidak mementingkan kecantikan luaran," kata penyanyi berusia 40 tahun itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain