suria

Lagi wanita dakwa ibu kandung anak Michael

Claire Cruise ketika meninggalkan Mahkamah selepas mengemukakan petisyen untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya. foto-AFP

DALAM satu lagi pendedahan mengejutkan, seorang wanita mendakwa beliau adalah ibu kandung kepada ketiga-tiga anak Michael.

Claire Elisabeth Fields Cruise kemudian memberitahu bahawa Michael dan dirinya adalah ibu-bapa kandung kepada anak angkat Tom Cruise, Connor.

Beliau telah mengemukakan tiga petisyen untuk mendapatkan hak penjagaan ketiga-tiga anak Michael pada 7 ogos lepas.

Claire berkata Michael tidak mahu anaknya (Connor) itu kerana warna kulitnya, Michael kemudian memberikan Connor kepada Tom dan Nicole untuk dijaga.

"Michael memang tahu dialah ayah kepada Connor, dia secara sukalera memberikan orang lain mengambilnya sebagai anak angkat," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataan Claire.

"Dia gembira apabila mengetahui Tom Cruise dan Nicole Kidman mahu mengambil anaknya sebagai anak angkat," katanya Claire lagi.

Bagaimanapun, Claire mengaku tidak pernah mengandungkan anak Michael sebaliknya beliau menderma embrionya kepada ibu tumpang.

Artikel Lain