Victoria tarik diri sebagai model Armani - Hiburan | mStar

Victoria tarik diri sebagai model Armani

Victoria telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak satu tahun dengan Emporio Armani. - foto REUTERS
Victoria telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak satu tahun dengan Emporio Armani. - foto REUTERS

BEKAS penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham telah "bersara" daripada menjadi model pakaian dalam Emporio Armani untuk memfokus kepada 'empayar' fesyennya sendiri.

Ibu kepada tiga anak ini pernah tampil dengan suaminya David Beckham dalam papan iklan untuk koleksi pakaian dalam jenama terkemuka itu.

Bagaimanapun, Victoria telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak satu tahun dengan rumah fesyen tersebut.

Sebaliknya, selebriti terkenal itu mengerahkan kudratnya dalam pelbagai fesyen dan usahasama kecantikan.

Bintang bergaya itu mempunyai stail denim 'dvb', cermin mata dan minyak wangi di bawah label 'The Intimately Beckham'.

Victoria baru-baru ini melancarkan reka bentuk pakaiannya sendiri.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain