suria

Lisa Kudrow tidak dapat lari dari imej 'Friends'

Lisa Kudrow mengatakan dirinya akan sentiasa diingati sebagai watak Phoebe Buffay yang dipegangnya dalam drama 'Friends'. - foto AP

BEKAS bintang drama sitcom popular 'Friends', Lisa Kudrow mengatakan dirinya akan sentiasa diingati sebagai watak Phoebe Buffay yang dipegangnya dalam drama tersebut tidak kira apa yang dia lakukan dalam kariernya sekarang.

Lisa mengatakan wataknya dalam 'friends' memang sukar untuk dilupakan dan peminat masih lagi selalu berjumpa denganya untuk berbual mengenai perkara itu walaupun rancangan itu sudah berakhir pada tahun 2004, lapor sebuah laman web.

"Peminat masih memanggil saya sebagai Phoebe ketika berbual. 'Friends' masih lagi ditayangkan di kaca TV sehingga hari ini," katanya.

Walaupun menjadi seorang selebriti terkenal, bintang berusia 46 tahun mahu menjalani kehidupan sebagai orang biasa dan sering mengelakan daripada menjadi tumpuan orang ramai.

Mengulas mengenai kemungkinan untuk berlakon dalam filem 'Friends', Lisa menyatakan dia akan turut serta hanya sekiranya semua pelakon yang terlibat dalam drama TV popular itu juga mengesahkan penyertaan mereka.

"Maksud saya bukan sahaja pelakon dalam drama 'Friends' tetapi juga semua krew yang terlibat dalam menghasilkan rancangan TV popular tersebut," katanya lagi.

Artikel Lain