suria

MJ mungkin tersalah suntik 'demerol'

Michael Jackson ketika dilantik menyertai 'The Rock and Roll Hall of Fame' pada 19 Mac 2001 semasa makan malam di Hotel Waldorf Astoria, New York. -foto AFP

RAJA Pop Michael mungkin membunuh dirinya secara tidak sengaja dengan anestetik 'demerol'.

Menurut laporan media, Raja Pop mungkin terjaga di bilik tidurnya dan tidak dapat mencari doktor peribadinya, Dr. Conrad Murray.

Oleh itu, dia mungkin tersalah suntik dengan 'Demerol'.

"Michael barangkali terjaga daripada tidur 'yang dihasilkan dengan ubat' pada waktu malam. Tanpa sesiapa membantunya, Jackson mungkin tersalah suntik dengan 'Demerol'," menurut satu sumber.

Bagaimanapun, seorang wartawan penyiasatan, Diane Dimond berpendapat, punca sebenar kematian Michael Jackson akan diketahui selepas laporan toksikologi selesai dibuat.

Artikel Lain