suria

Penulis, pengarah John Bueller meninggal dunia

Pengarah John Hughes menulis skrip filem "National Lampoon's Vacation," "Mr. Mom" dan "National Lampoon's European Vacation." Dia juga menulis dan mengarahkan filem "16 Candles," "The Breakfast Club," dan "Weird Science." - foto AP
Pengarah John Hughes menulis skrip filem
Pengarah John Hughes menulis skrip filem "National Lampoon's Vacation," "Mr. Mom" dan "National Lampoon's European Vacation." Dia juga menulis dan mengarahkan filem "16 Candles," "The Breakfast Club," dan "Weird Science." - foto AP

PENULIS, pengarah John Bueller 'The Breakfast Club' dan 'Ferris Bueller's Day Off' meninggal dunia akibat sakit jantung Khamis di New York.

Mendiang berumur 59 tahun. John sedang melawat keluarganya di situ.

Menurut jurucakapnya, Michelle Bega, arwah diserang sakit jantung semasa bersenam pagi.

Komedi-komedi hit Hughes antara lain membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Matthew Broderick dan Molly Ringwald.

Komedi tersebut meletakkan mendiang John sebagai antara pembikin filem Amerika Syarikat yang paling popular pada 1980-an.

Selain itu, Hughes menulis skrip filem untuk filem-filem popular "Home Alone" dan beberapa siri "National Lampoon's Vacation".

Sejak 1991, Hughes tidak mengarahkan sebarang filem tetapi terus menulis skrip filem sehingga menghembuskan nafas terakhirnya.

Kadang-kala, Hughes menggunakan nama samaran 'Edmond Dantes' sebagai satu penghormatan kepada novel "The Count of Monte Cristo".

Hughes dilahirkan di Lansing, Michigan, dan kemudiannya berpindah ke Chicago.

Mendiang Hughes meninggalkan isteri selama 39 tahun, dua anak dan empat cucu.

Artikel Berikut

Artikel Lain