suria

Katy Perry benci lelaki yang bernafas busuk!

Penyanyi Katy Perry membuat persembahan di saluran NBC untuk program "Today" di Rockefeller Center, New York City pada 24 Julai 2009. -foto AFP
Penyanyi Katy Perry membuat persembahan di saluran NBC untuk program
Penyanyi Katy Perry membuat persembahan di saluran NBC untuk program "Today" di Rockefeller Center, New York City pada 24 Julai 2009. -foto AFP

PENYANYI Katy Perry mendedahkan dia benci mendampingi lelaki yang bernafas busuk.

Ketika menulis pada laman Twitter, penyanyi berusia 24 tahun itu memberitahu dia tidak mungkin keluar dengan lelaki yang menghidapi 'halitosis' atau nafas yang sangat busuk.

"Maksud saya, berapa kali anda percaya lelaki itu sangat menarik tetapi gagal mengawal bau busuk nafasnya? Bau itu sangat penting! Setuju?," kata Katy.

"Seseorang di tepi saya mempunyai kes 'halitosis' yang teruk dan enggan berhenti bercakap. Saya tidak boleh bernafas.

"Entahlah dia tahu atau tidak. Ataupun ada sesiapa yang memaklumkannya tentang bau nafasnya yang busuk itu?" soal Katy.

Katy turut menanya, "Adakah ada kawan yang tidak memberitahu kawan anda terdapat sisa makanan di celah giginya? Bagaimana pula dengan nafas buruk?"

Artikel Berikut

Artikel Lain