suria

Ida tampil dalam video tribut untuk Yasmin Ahmad

Ida akan tampil dalam 'video appearance' sebagai tribut untuk Yasmin Ahmad di Malam Gala BMW Shorties 2009 pada 13 Ogos nanti.
Ida akan tampil dalam 'video appearance' sebagai tribut untuk Yasmin Ahmad di Malam Gala BMW Shorties 2009 pada 13 Ogos nanti.
Ida akan tampil dalam 'video appearance' sebagai tribut untuk Yasmin Ahmad di Malam Gala BMW Shorties 2009 pada 13 Ogos nanti.

HUBUNGAN erat antara pelakon Ida Nerina dengan arwah Yasmin Ahmad tidak menghalang pelakon yang masih terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu untuk membuat sebuah video sebagai tribut kepada pengarah tersohor itu.

Video tribut itu akan ditayangkan di ‘Malam Gala BMW Shorties 2009’ yang akan berlangsung pada 13 Ogos ini, di Ritz Carlton, Kuala Lumpur, pukul 7.30 malam.

Ini kerana pelakon filem 'Sepet' dan 'Talentime' ini juga merupakan salah seorang juri bagi pertandingan filem pendek yang dianjurkan oleh Kumpulan BMW itu.

Hal itu disampaikan oleh pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar ketika dihubungi baru-baru ini.

“Ida tengah sibuk membuat persediaan untuk ‘Malam Gala BMW Shorties’.

“Dia juga sedang membuat ‘video appearance’ sebagai tribut untuk Yasmin Ahmad yang akan ditayangkan pada malam gala itu,” kata Fizar yang juga Pengurus Besar Mujik Production.

Ida telah melibatkan diri sebagai salah seorang juri pertandingan itu sejak Mei lalu.

Ida telah menggunakan ‘Skype’ untuk berurusan dengan panel yang lain dan menilai setiap penjurian dengan menggunakan komputer.

Oleh kerana Ida tidak boleh terlalu banyak bergerak, dia hanya menonton video filem yang diberikan sambil berbaring di katil.

Namun, batasan pergerakan itu tidak menghalang Ida untuk terus aktif melakukan kerjanya kerana pelakon utama filem ‘Susuk’ ini akan cepat bosan apabila tidak melakukan apa-apa.

Fizar juga menjawab tentang dakwaan yang mengatakan Ida sedang menjalani fisioterapi.

“Saya tak pasti kerana saya belum sempat berjumpa dengannya lagi kerana sibuk dengan ‘Konsert Malam Nada Biru’ sebelum ini,” jawab Fizar.

Kini, Ida masih lagi menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di PPUM selepas terjatuh di rumahnya ketika menaiki tangga ke ruang tamu dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi, pada 21 Jun lalu.

Bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini masih tidak dibenarkan menerima kehadiran tetamu melainkan keluarganya sendiri dan rakan-rakan terdekat termasuk Tania Khan yang pernah memasuki pertandingan realiti, ‘The Amazing Race Asia’ musim ketiga bersamanya pada November lalu.

Pasangan ini mendahului pasangan lain pada mulanya tetapi terkandas pada masa genting apabila mereka terlepas penerbangan ke Phuket, destinasi akhir bagi 'The Amazing Race Asia 3'.

Sekarang, Ida sedang dijaga oleh ibu dan suaminya, Shahrin (bekas anggota Black Rose).

Sebelum ini, Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah.

Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Artikel Lain