suria

Gambar terbaru merungkai rahsia rumah agam kematian MJ

Pintu utama dalam rumah Neverland Ranch di Los Olivos, California. - foto AP
Pintu utama dalam rumah Neverland Ranch di Los Olivos, California. - foto AP
Pintu utama dalam rumah Neverland Ranch di Los Olivos, California. - foto AP

PEPATAH Cina ada menyatakan sekeping gambar mewakili 1,000 patah perkataan.

Gambar foto terbaru di rumah agam mendiang Michael Jackson merungkai citarasa Raja Pop itu yang aneh.

Gambar tersebut memaparkan katil di mana Michael menghembuskan nafas terakhir.

Perabot di bilik itu diletak ke tepi sementara perkakasan perubatan dan satu set telefon dalam satu gambar telah hilang.

Barangkali, para penyiasat telah mengambil satu set telefon untuk dijadikan bukti, menurut laporan media.

Telefon itu terutamanya merupakan bukti terpenting kerana Dr. Conrad Murray mendakwa dia tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon-telefon di rumahnya tidak berfungsi.

Satu almari yang penuh dengan peralatan perubatan termasuk tangki oksigen dilaporkan telah dikosongkan.

Nota-nota Raja Pop yang ditampal di set televisyen dan satu perhiasan di sisi katil menunjukkan obsesinya kepada kanak-kanak.

Antara mesejnya: "Children are sweet (Kanak-kanak adalah baik" dan "Children are innocent. (Kanak-kanak tidak bersalah)."

Sumber dalaman polis menyatakan bilik tidur berada dalam keadaan tidak teratur, bersepahan dengan keadaan mental Jackson yang lemah.

Ruang tamu pula terletak satu perhiasan unggun api.

Selain itu, satu gambar menunjukkan boneka pakaian ganjil yang bertatu sementara taman permainan kanak-kanak kelihatan di satu sudut, seperti rumah lamanya 'Neverland'.

Polis dikhabarkan telah merampas beg-beg berisi dadah dan peralatan perubatan dari rumah tersebut sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan.

Rumah itu mempunyai tujuh bilik tidur, 13 bilik air dan 11 unggun api. Ia turut mempunyai satu kolam renang dan rumah tetamu yang didiami oleh Michael dan anak-anaknya - Prince, 12, Paris, 11, dan Blanket, tujuh, rumah pengawal dan pegawai perubatan Dr. Conrad Murray.

Murray disyaki memberikan Michael Jackson sedatif berbahaya 'Propofol' yang dipercayai meragut nyawanya.

Jackson membayar sewa sebanyak 60,000 paun setiap bulan untuk rumah mewah itu sejak Disember sambil berlatih di Los Angeles untuk persembahan London 02.

Artikel Lain