suria

Ujian kesihatan terhadap MJ dijalankan pada angkasawan - syarikat insurans

SYARIKAT insurans yang terlibat dalam 50 konsert '02' Michael Jackson berpendapat ujian kesihatan pada Michael mungkin dijalankan pada seorang angkasawan NASA.

Ujian kesihatan tersebut sebelum ini mengesahkan Michael cergas dan berupaya untuk mengendalikan siri konsertnya.

Salah satu syarikat insurans, Robertson Taylor mendakwa laporan kesihatan Raja Pop itu tidak menyenaraikan masalah kesihatannya.

Ini termasuk masalah pada kulit kepala, pembedahan plastik atau kaki yang patah.

Bos-bos syarikat insurans memberitahu, mereka telah mengaturkan ujian kesihatan persendirian dijalankan sebelum menandatangani kontrak dengan promoter konsert AEG.

Malah, mereka mendakwa telah menghantar satu pasukan perubatan ke Los Angeles untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, Michael Jackson enggan bertemu dengan mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain