suria

Pamela Anderson berbaik semula dengan bekas suami?

Aktres Pamela Anderson tiba di tayangan perdana filem-filem ESPN dan Walt Disney Pictures' "X Games 3D: The Movie" di The Nokia Theater, Los Angeles, California pada 30 Julai, 2009. -foto AFP
Aktres Pamela Anderson tiba di tayangan perdana filem-filem ESPN dan Walt Disney Pictures'
Aktres Pamela Anderson tiba di tayangan perdana filem-filem ESPN dan Walt Disney Pictures' "X Games 3D: The Movie" di The Nokia Theater, Los Angeles, California pada 30 Julai, 2009. -foto AFP

BEKAS bintang 'Baywatch' Pamela Anderson dan bekas suaminya, Tommy Lee dikhabarkan berbaik semula.

Menurut laporan media, pasangan selebriti tersebut yang berpisah dan kemudian bersatu kembali beberapa kali, dilihat berkucupan intim di sebuah kelab malam Las Vegas.

Kelab malam tersebut terletak berdekatan di Hotel Hard Rock dan kasino.

Tommy yang merupakan pemuzik dari Amerika berada di bandar bersama bandnya 'Motley Crue'.

"Mereka tidak menyembunyikan diri atau cuba untuk mengelakkan diri. Sebaliknya, pasangan mesra itu tampil bersahaja di Body English.

"Para peminat yang teruja bersorak dan mengambil gambar artis pujaan mereka," menurut satu sumber.

Tahun lalu, Tommy mengumumkan dia ingin memberi ruang dan peluang kepada Pamela dan dirinya sendiri untuk berbaik-baik semula.

Bagaimanapun, mereka berpisah setelah Pamela keluar dengan pelayar dan juru elektrik Jamie Padgett ketika itu.

Selepas berpisah dengan Tommy pada 1998, Anderson mengahwini rapper Kid Rock dan pemain poker Rick Salomon.

Pasangan Tommy-Pamela mempunyai dua anak - Brandon Thomas (13) dan Dylan Jagger (11).

Artikel Lain