suria

Joe tidak minat bantu membesarkan anak-anak Michael

Joe Jackson melambai kepada orang ramai sewaktu meningalkan rumahnya di seksyen Encino, Los Angeles pada 7 Julai 2009 sebelum upacara memperingati Michael Jackson diadakan. -foto AP

JOE Jackson tidak merancang untuk membantu membesarkan tiga orang anak Michael Jackson.

Ketua keluarga Jackson ini, kini tinggal di Las Vegas dan menulis dalam satu kenyataan pada Mahkamah Los Angeles pada hari Isnin lepas mengatakan dia sekali sekala akan datang melawat keluarganya itu di rumah mereka di San Fernando Valley, utara bandar Los Angeles.

"Hubungan saya dengan cucu-cucu saya telah mula rapat sejak mereka lahir lagi," kata Joe.

"Saya akan melawat ahli keluarga saya dari masa ke masa dan akan sentiasa lakukannya, bagaimanapun saya tidak akan terlibat dalam proses menjaga kanak-kanak tersebut," kata Joe Jackson seperti yang tertulis dalam kenyataannya yang bertarikh 13 Julai tersebut.

Dalam kenyataannya sebanyak dua halaman itu, Joe memberikan sokongan penuh kepada isterinya, Katherine, yang telah mendapat kebenaran sebagai penjaga tetap kepada tiga orang anak Michael pada Isnin lepas.

Artikel Lain