suria

Ryan O'Neal: Saya sepatutnya buat yang terbaik untuk Farrah

Ryan O'Neal, (kanan), mengepalai pengusung keranda kekasihnya, Farrah Fawcett pada 30 Jun 2009 di Los Angeles. -foto AP
Ryan O'Neal, (kanan), mengepalai pengusung keranda kekasihnya, Farrah Fawcett pada 30 Jun 2009 di Los Angeles. -foto AP
Ryan O'Neal, (kanan), mengepalai pengusung keranda kekasihnya, Farrah Fawcett pada 30 Jun 2009 di Los Angeles. -foto AP

BERCAKAP buat pertama kalinya secara terbuka sejak kematian pasangannya, Farrah Fawcett, pada 25 Jun lalu, Ryan O'Neal mengatakan dia amat berharap jika dapat diberi peluang kedua untuk hubungan mereka yang terjalin selama 30 tahun ini.

Malah Ryan sendiri sedar akan sikap kejamnya selama ini terhadap Farrah menyebabkan Farrah menanggung derita seorang diri.

Pelakon yang berusia 68 tahun itu, memberitahu sebuah majalah, bahawa dia ingin mengulangi semuanya kembali, berharap diberi peluang sekali lagi dan jika diberi peluang dia ingin mengubah sikapnya yang tidak baik sehingga menyebabkan Farrah menderita.

"Saya akan berubah menjadi seorang yang lebih baik, lebih memahami dan lebih matang," katanya.

"Saya juga tidak akan bersikap kasar terhadap Farrah lagi. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh menghidap penyakit kanser tersebut, mungkin juga berpunca dari saya," tambahnya lagi.

Ryan dan Farrah pernah berpisah pada tahun 1998 selepas hubungan mereka selama 20 tahun itu menghadapi masalah. Namun mereka bersama semula pada tahun 2001, selepas Farrah didiagnosis menghidapi leukemia.

Ryan menyalahkan perpisahan mereka pada satu ketika dulu antara punca Farrah sakit selain masalah putus haid yang ditanggung Farrah dan juga kurangnya perasaan simpati dari Ryan ketika itu.

"Saya percaya Farrah telah melalui perubahan hidup yang amat teruk," katanya.

"Saya tidak pernah mengalami sebarang perubahan dalam hidup, saya seorang yang teruk. Tetapi Farrah seorang yang bekerja keras.

"Saya sangat terganggu dan saya tidak dihargai. Saya juga berfikir mungkin Farrah tidak pernah menyukai saya. Jadi saya mengundurkan diri," katanya lagi.

Artikel Lain