suria

Nicholas Cage tanggung bil cukai sebanyak USD 6.2 juta

Nicholas Cage (tengah), Diane Kruger dan Justin Bartha dalam satu babak 'NATIONAL TREASURE' yang diarahkan oleh John Turteltaub. - foto Buena Vista International.

JABATAN cukai Amerika Syarikat dilaporkan menuntut Nicolas Cage menjelaskan cukainya sebanyak USD 6.2 juta.

Pelakon itu dikatakan telah gagal untuk membuat bayaran cukainya sejak 2007, malah Jabatan Perkhidmatan Hasil Dalaman (IRS) telah membawa kes ini ke mahkamah di Louisiana.

Pelakon 'National Treasure' ini dikatakan pernah cuba untuk menjual rumahnya bagi melangsaikan hutangnyan," lapor satu sumber.

IRS pernah memfailkan satu dokumen di Mahkamah Daerah Orleans pada 14 Julai, menuduh Cage gagal membayar sebanyak USD 6,257,005 untuk melangsaikan tunggakan cukainya pada tahun lepas.

Cage pernah menghadapi masalah yang sama suatu ketika dahulu.

Cage dilaporkan bersetuju untuk membayar sebanyak USD 660,000 termasuk faedah dan penalti dalam cukainya yang tertunggak sejak Septermber 2008.

Artikel Lain