suria

Leona Lewis ingin tinggalkan gaya hidup selebriti

Leona seperti sudah bosan dengan gaya hidup selebriti setelah berpacaran
Leona seperti sudah bosan dengan gaya hidup selebriti setelah berpacaran
Leona seperti sudah bosan dengan gaya hidup selebriti setelah berpacaran

PENYANYI pop, Leona Lewis, 24, ingin menjalani kehidupan normal di London bersama-sama dengan teman lelakinya, Lou Al-Chamaa dan mempertimbangkan meninggalkan gaya hidup selebriti.

"Leona telah berjaya dari segi kerjaya. Dia tidak mengendahkan kehidupan sosial di Los Angeles kerana dia lebih merindukan Lou.

"Saya rasa dia (Leona) tidak sedar bagaimana kehidupannya akan jauh berbeza selepas menjadi seorang selebriti," menurut satu sumber.

"Leona berada di persimpangan antara menyanyi dan cintanya, Lou. Kadang-kala, saya rasa dia akan terbang ke London dan tidak menghadapi sebarang acara permaidani merah lagu," tambah sumber tersebut.

Penyanyi lagu 'Bleeding Love' menjadi terkenal selepas memenangi satu rancangan televisyen 'The X Factor' pada tahun 2006.

Leona dan Lou tidak mungkin bersama buat masa sekarang. Ini kerana Leona bakal memulakan persembahan ke seluruh dunia selama 14 bulan selepas menghabiskan album keduanya pada akhir tahun ini.

"Lou dan Leona sering melihat pasangan suami isteri yang berjaya mengekalkan perhubungan mereka walaupun tinggal berjauhan. Mereka tahu mereka adalah pasangan yang dapat merealisasikan cinta mereka," kata satu sumber.

Artikel Lain