suria

Penganjur konsert Memorial Michael pula disiasat

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Timothy J. Leiweke (kanan) bercakap dalam satu sidang media di Staples Center, Los Angeles.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Timothy J. Leiweke (kanan) bercakap dalam satu sidang media di Staples Center, Los Angeles.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Timothy J. Leiweke (kanan) bercakap dalam satu sidang media di Staples Center, Los Angeles.

PENGANJUR konsert memorial Michael Jackson, AEG, kini disiasat atas dakwaan melanggar perjanjian kerana tidak membayar pendapatan daripada hasil kutipan jualan tiket kepada persatuan kebajikan.

Penyanyi terkenal Mariah Carey dan Stevie Wonder turut membuat persembahan dalam konsert penghargaan kepada Michael yang diadakan di Staples Center pada 7 Julai lepas itu.

AEG adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan konsert kepulangan kembali Jackson dalam industri muzik yang sepatutnya diadakan di London.

AEG juga membantu untuk menguruskan upacara memorial penyanyi terkenal itu.

Kebanyakan tiket diedarkan secara percuma kepada keluarga, kawan-kawan dan peminat Michael.

Undian dibuat secara online untuk memilih peminat dari seluruh dunia yang akan diberikan tiket percuma dan tempat duduk khas.

Menurut sebuah laporan, ada yang terpaksa membeli tiket untuk hadir ke upacara itu apabila AEG berhasrat untuk menjual sebahagian kecil tiket tersebut.

Pihak AEG dikatakan berjanji untuk mendermakan hasil kutipan daripada jualan tersebut kepada Persatuan Polis Los Angeles.

Bagaimanapun pihak Persatuan Polis Los Angeles mengatakan tidak ada sesen pun wang yang mereka terima daripada syarikat itu setakat ini.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, wakil dari AEG berkata syarikat itu masih lagi sedang dalam proses untuk membuat bayaran itu.

"Kami tetap akan memberi derma hasil kutipan itu," kata wakil AEG itu.

Upacara itu memakan belanja sebanyak 1.4 juta dolar dan ketua polis Los Angeles meminta penganjur AEG membayar kos tersebut.

Artikel Lain