suria

Lindsay Lohan teringin berlakon watak Marilyn Monroe

Lindsay Lohan mahukan dirinya dipilih untuk memegang watak Marilyn Monroe dalam filem yang akan dilakonkan semula bertajuk 'Some Like It Hot'. - foto AFP

BINTANG Hollywood Lindsay Lohan dikatakan mahukan dirinya dipilih untuk memegang watak Marilyn Monroe dalam filem yang akan dilakonkan semula bertajuk 'Some Like It Hot'.

Lindsay diketahui sebagai seorang yang obses terhadap lagenda Hollywood itu. Dia pernah bergambar dengan mengenakan tema Marilyn Monroe dalam Majalah Spanish Vogue dan Majalah New York.

Sumber yang rapat kepada pelakon dan penyanyi itu mengatakan Lindsay berpendapat banyak persamaan yang ada pada dirinya dengan Marily Monroe.

Menurut sebuah majalah, pengarah filem tersebut, Brett Ratner sudahpun menolak tentang kemungkinan itu tetapi Lindsay tidak berputus asa dan masih lagi bersungguh-sungguh mahu melakonkan watak itu.

"Lindsay sangat berharap dia dapat berlakon watak yang pernah dipegang oleh Marilyn Monroe dalam filem 'Some Like It Hot'.

"Dia melihat dirinya sendiri sebagai Marilyn Monroe yang 'baru', dia mahu berlakon dalam filem yang hebat supaya dia dapat menonjolkan bakatnya," kata sumber itu.

Artikel Lain