suria

Joe Jackson pula sahkan Omer Bhatti anak Michael

Joe Jackson mengesahkan bahawa Omer Bhatti adalah anak Michael Jackson yang ke-empat.
Joe Jackson mengesahkan bahawa Omer Bhatti adalah anak Michael Jackson yang ke-empat.
Joe Jackson mengesahkan bahawa Omer Bhatti adalah anak Michael Jackson yang ke-empat.

AYAH kepada Michael Jackson mengesahkan bahawa Omer Bhatti adalah anak penyanyi itu yang ke-empat.

Khabar angin mengenai Omer, 25, yang dikatakan adalah anak Michael mula bertiup kencang apabila dia kelihatan duduk di barisan hadapan ketika upacara memorial Jackson 7 Julai lepas.

Omer seorang penari dikatakan duduk bersama-sama keluarga Raja Pop itu.

"Ya, saya tahu Michael memang ada anak yang lain.

"Iras mukanya mirip dengan Jackson, dia berkelakuan seperti Jackson dan dia menari seperti Jackson," kata sebuah akhbar yang memetik kenyataan Joe.

"Budak itu memang seorang penari yang hebat... saya pun dapat tahu yang dia mengajar kelas tarian," tambah Joe.

Ketika ditanya adakah Omer akan menjadi sehebat Michael Jackson satu hari nanti, Joe sambil tersenyum menjawab, "Itu tak tahulah, kita sama-samalah lihat nanti."

Artikel Lain