suria

Impian MJ ingin melakukan tarian 'moonwalk' di bulan

Michael Jackson mahu menewaskan pesaing-pesaingnya dengan menjadi orang pertama melakukan tarian 'moonwalk' di bulan melalui projek yang menelan belanja 1.97 billion dolar. - foto AP

LAGENDA Pop, Michael Jackson sebelum ini pernah mengadakan perbincangan dengan saintis angkasa lepas bagi membuat satu percubaan tarian 'moonwalk' Michael di bulan sebelum kematiannya, kata rakannya.

Penyanyi itu mahu menewaskan pesaing-pesaingnya dengan menjadi orang pertama melakukan tarian tersebut di bulan melalui projek yang menelan belanja 1.97 billion dolar, lapor satu sumber.

"Dia sangat-sangat ingin menjadi bintang pop pertama yang berada di bulan. Dia perlu jadi yang pertama. Dia tahu ia bukan saja akan bakal mencipta sejarah, malah bakal menggegarkan sejarah," kata rakan karib Micheal, Uri Geller.

"Dia (Michael) mempunyai azam yang luar biasa. Ia bagaikan hajat yang penting baginya untuk melakukan tarian tersebut di bulan," tambahnya lagi.

Bagaimanapun rancangan tersebut terpaksa dihentikan selepas Michael ditangkap dan didakwa atas kes pencabulan kanak-kanak, menyebabkan dia berada dalam dunia yang tertekan, kemudian dengan kes penyalahgunaan dadah yang mengakibatkan keadaan Michael tidak sesuai berada di angkasa lepas.

Jackson ditemui mati pada 25 Jun dikediamannya di Los Angeles.

Artikel Lain