suria

Polis suspek lebih 20 doktor beri ubat preskrepsi pada Michael

Pegawai penyiasat tiba untuk mengeladah rumah bekas doktor peribadi Michael Jackson, Dr. Conrad Murray di Red Rock Country Club, Las Vegas. foto-AP

PEGAWAI yang menyiasat kes kematian Michael Jackson mengesyaki 20 orang doktor yang membekalkan ubat yang dipreskepriskan kepada Michael menjadi punca kematian penyanyi itu.

Doktor peribadi Michael, Dr. Conrad Murray sebelum ini menjadi suspek utama siasatan kes Raja pop itu.

Menurut sebuah sumber, polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap 20 orang doktor yang pernah memberi ubat preskepri kepada Michael.

Selain itu detektif dan pegawai dari agensi dadah juga dalam proses untuk mendapatkan semua butiran kesihatan daripada doktor yang pernah merawat dan memberi ubat kepada Michael Jackson.

Polis berkata penyanyi terkenal itu menggunakan lebih daripada dua puluh nama yang berlainan untuk mendapatakan ubat preskripsi yang dimintanya.

Sejenis ubat penenang, Propofol dikatakan menjadi punca kematian Michael Jackson.

Artikel Lain