suria

Rumah bekas doktor peribadi MJ diserbu kali kedua

Agen FBI tiba untuk memeriksa rumah Dr. Conrad Murray - doktor persendirian Michael Jackson - di Red Rock Country Club, Las Vegas pada 28 Julai 2009. -foto AP

POLIS merampas telefon bimbit dan cakera keras komputer kepunyaan Dr. Conrad Murray apabila membuat serbuan kali kedua ke pejabat dan rumah bekas doktor peribadi Michael Jackson itu.

Serbuan kali kedua itu dibuat dalam tempoh kurang seminggu selepas serbuan pertama kerana siasatan kini menumpukan kepada Dr. Conrad disebabkan beliau adalah orang terakhir yang bersama Michael sebelum penyanyi itu meninggal dunia.

Peguam Conray, Ed Chernoff, mengatakan serbuan polis dan pegawai Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) tersebut bertujuan mencari bahan bukti yang dikaitkan dengan kematian Jackson.

"Mereka mahu mencari bahan bukti berkenaan dengan kematian Michael Jackson.

"Selain itu mereka juga mencari dokumen mengenai rekod kesihatan Michael," kata Ed Chernoff.

Sebelum ini sebuah laman web melaporkan bahawa Dr. Conrad memberitahu pegawai polis di Los Angeles bahawa dia ada memberikan Michael propofol beberapa jam sebelum penyanyi itu tidak lagi sedarkan diri, walaubagaimanapun perkara itu belum disahkan secara rasmi.

Artikel Lain