suria

MJ peluk anak patung porselin pada malam terakhir

Michael Jackson dilantik dalam senarai 'The Rock and Roll Hall of Fame' pada 19 Mac 2001 di Hotel Waldorf Astoria di New York. -foto AFP

MICHAEL Jackson telah menghabiskan malam terakhirnya memeluk anak patung porselin yang berpakaian gaun.

Anak patung tersebut dijumpai di katilnya di rumah agamnya, 'Beverly Hills' - tempat bintang handalan itu rebah.

Raja Pop itu menghalang stafnya daripada membersihkan bilik tidurnya yang bersepahan dengan baju-baju dan barangan lain, menurut satu sumber.

Anak patung yang pelik itu dikhabarkan dijumpai bersama beberapa nota bertulis yang dilekatkan pada dinding.

"Bilik tidur penyanyi itu kelihatan tidak kemas. Barangan bersepah di merata-rata tempat. Kira-kira 20 nota terlekat di dinding," media memetik seorang anggota polis sebagai berkata.

"Satu anak patung porselin yang berpakaian gaun dijumpai di atas tempat tidur Michael Jackson," tambah anggota polis itu.

Artikel Lain