suria

Meryl Streep sumbat tisu dalam coli untuk rebut watak seksi!

Pelakon terkenal Meryl Streep ketika sesi bergambar. foto-LOS ANGELES TIMES
Pelakon terkenal Meryl Streep ketika sesi bergambar. foto-LOS ANGELES TIMES
Pelakon terkenal Meryl Streep ketika sesi bergambar. foto-LOS ANGELES TIMES

IKON Hollywood, Meryl Streep menggunakan pad pada branya untuk menarik perhatian pengarah filem sekali gus merebut peluang berlakon.

Menurut laporan media, pemenang berganda Oscar menjelaskan tindakannya itu berbaloi kerana "potongan badan tiruan" berjaya menambat hati pembikin filem mendiang Sydney Pollack.

Mendiang Sydney telah memberikan peranan kepada Meryl dalam filem 'Out of Africa'.

Kata Meryl: "Saya telah menipu untuk memegang satu watak. Pertama kali saya berbuat demikian semasa sesi uji bakat di Broadway beberapa tahun lampau.

"Saya telah memuatkan coli saiz 32DD dengan tisu. Cubaan saya berjaya dan oleh itu, saya mencubanya sekali lagi dengan Sydney Pollack untuk filem 'Out of Africa'.

"Apabila saya dengar dia (Sydney) percaya saya tidak cukup seksi, jadi saya memuatkan coli saya lagi," tambah Meryl.

Artikel Lain