suria

Drama remaja 'Gossip Girl' di 8TV

RINDUKAN drama remaja popular Gossip Girl? Rindukan aksi bersahaja Serena dan Blair anak manja orang kaya?

Drama bersiri kegemaran ramai Gossip Girl kembali untuk musim terbaru hanya di saluran 8TV! Gossip Girl (Musim ke-2) ini akan ke disiarkan secara PERCUMA bermula 28 Julai 2009 (Selasa) jam 10.30 malam.

“Peminat setia Gossip Girl pastinya sudah tidak sabar untuk menyaksikan perjalanan drama bersiri ini! Musim ke-2 ini penuh dengan drama dan jalan cerita yang cukup menarik dan pastinya memanaskan lagi malam Selasa anda!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Dibintangi oleh pelakon-pelakon popular antaranya Blake Lively, Leighton Meester, Chase Crawford, Penn Badgeley dan Ed Westwick drama ini telah membawa satu fenomena baru dalam dunia penyiaran semenjak drama ini ditayangan pada 2007. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama popular ini!” tambah Kim.

Musim ke-2 ini bermula dengan watak Blair yang baru pulang bercuti dari Europe dengan teman lelaki barunya – James. Blair pulang ke Hamptons bersama James untuk menghabiskan cuti beliau dan pada waktu yang sama ingin membuat Chuck cemburu. Namun, James sendiri menyimpan rahsia besar yang tidak diketahui oleh orang lain.

Serena pula menghadapi saat-saat yang sukar setelah berpisah dengan Dan namun beliau kembali ceria dan bersedia untuk mencari teman baru.

Nate mula menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih tua dan berstatus isteri orang namun hubungan tersebut tidak berpanjangan. Berbeza pula dengan Jenny Humprey yang berhenti dari sekolah semata-mata untuk mengejar impian menjadi pereka fesyen terkenal. Jenny kemudiannya menjadi pelatih di sebuah syarikat fesyen terkenal - Eleanor Waldorf untuk menimba pengalaman.

Dan masih kekal bekerja sebagai pengarang majalah dan mula keluar untuk mencari pasangan baru bagi untuk melupakan Serena. Sepanjang musim terbaru ini, anda juga dapat menyaksikan percintaan Rufus dan Lily kembali terjalin.

Gossip Girl (Musim ke-2) pastinya akan membuat anda tidak sabar-sabar untuk menyaksikan apa yang bakal berlaku seterusnya. Drama ini menjanjikan lebih banyak drama yang pastinya membuatkan anda terhibur!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gossip Girl (Musim ke-2) setiap Selasa jam 10.30 malam bermula 28 Julai 2009 ini hanya di 8TV. Siaran 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro.

Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari mobile.8tv.com.my.

TARIKH SIARAN : 28 JULAI 2009, SELASA

MASA : 10.30PM

25 EPISOD

PELAKON: Blake Lively, Leighton Meester, Penn Badgley, Chace Crawford, Taylor Momsen, Ed Westwick, Kelly Rutherford, Matthew Settle, Kristen Bell, & Nicole Fiscella

Artikel Lain