suria

Cameron Diaz ingin berkahwin dengan peminat?

Aktres Cameron Diaz hadir ke tayangan perdana filem "My Sister's Keeper" di New York pada 24 Jun 2009. -foto REUTERS
Aktres Cameron Diaz hadir ke tayangan perdana filem
Aktres Cameron Diaz hadir ke tayangan perdana filem "My Sister's Keeper" di New York pada 24 Jun 2009. -foto REUTERS

AKTRES Hollywood, Cameron Diaz "bersetuju" berkahwin dengan seorang peminat yang tidak dikenali di konvensyen 'The Comic-Con 2009' di San Diego, California.

Aktres filem 'What Happens in Vegas' menerima lamaran tersebut semasa sidang akhbar.

Seorang lelaki tiba-tiba menjerit: "Sanggupkah anda mengahwini saya?".

Jawab Diaz secara spontan: "Ya! Di mana anda berada? Kenapa tidak?"

Diaz bagaimanapun, menetapkan satu syarat untuk bakal tunangnya. Mereka perlu bertunang di pusat perjudian Las Vegas, Amerika Syarikat.

"Boleh kita berkahwin di Vegas? Saya memang berhasrat untuk berkahwin di Vegas," ujar Diaz.

Artikel Lain