suria

Lelaki takut dampingi Sarimah Ibrahim!

Sarimah masih belum menemui lelaki idamannya kerana kebanyakkan mereka masih malu-malu dengan Sarimah. - foto THE STAR oleh UU BAN
Sarimah masih belum menemui lelaki idamannya kerana kebanyakkan mereka masih malu-malu dengan Sarimah. - foto THE STAR oleh UU BAN
Sarimah masih belum menemui lelaki idamannya kerana kebanyakkan mereka masih malu-malu dengan Sarimah. - foto THE STAR oleh UU BAN

SETIAP pasangan suami-isteri berharapkan mahligai hidup yang dibina bersama dapat berkekalan hingga ke akhir hayat.

Apabila keserasian itu tidak wujud lagi, perpisahan adalah jalan terbaik yang boleh diambil.

Itulah jalan yang dirintis oleh pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim dan bekas suaminya, Amir Andrew Abdullah setelah hidup sebumbung selama tiga tahun.

Pasangan itu mendirikan mahligai rumahtangga pada 13 Mei 2006 di Masjid Dublin, Ireland, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Selepas perceraian akhir tahun 2008, masing-masing kini hidup bahagia kerana kasih sayang tidak bertukar menjadi benci.

Seperti seekor burung terkurung yang dibebaskan dari sangkar, Sarimah kini "terbang" bebas di ruang angkasa menentukan destinasinya.

Jika ditakdirkan menemui jodohnya, Sarimah tidak teragak-agak membuka pintu hatinya.

"Secara jujur, saya mempunyai ramai kawan, baik lelaki dan perempuan. Jika dulu, ingat kawan saja atau potensi sebagai kawan ..tetapi kalau dijodohkan, Insya Allah.

"Saya belum menutup 'pintu' cinta saya malah saya optimistik terhadap cinta," kata Sarimah pada sidang akhbar pelantikannya sebagai pengacara program realiti Amerika Syarikat, 'The Biggest Loser Asia' menerusi saluran televisyen Hallmark di Plaza Mont Kiara, semalam.

Sarimah akan menjadi personaliti program realiti tersebut yang menampilkan 30 peserta dari negara-negara Asia berebut mendapatkan gelaran 'The Asian Biggest Loser' sekali gus meraih hadiah wang tunai USD100,000 (anggaran RM380 ribu).

Menurut Sarimah, dia berharap Amir berjaya menemui teman hidup yang baru dan beroleh cahayamata.

"At this moment, no serious potential candidate. Everyone is still shy with me. Too shy with me (Lelaki malu takut kepada saya....entah kenapa)," ujarnya yang berharap dapat mencari lelaki idamannya.

Jelas Sarimah, jadual kerjanya yang cukup padat tidak mungkin mengizinkannya keluar dengan sesiapa kecuali orang produksi.

Ini kerana katanya, dia kini terpaksa bekerja setiap hari untuk enam bulan berikutnya.

Maklumlah, selain mengacarakan 'The Biggest Loser Asia', Sarimah turut terlibat dalam penggambaran drama bersama Erma Fatimah, rakaman video Mega Raya Astro dan rancangan bersama Aznil Nawawi.

Sarimah memberitahu, dia juga sibuk membuat sesi fotografi untuk menghiasi muka depan majalah antaranya 'Glam' dan 'Jelita'.

Ditanya sama ada rezeki mencurah-curah datang itu hadir selepas perceraian dengan Amir, Sarimah yang juga bekas hos Diari Akademi Fantasia musim ke-6 dan 7 berkata:

"Tak tahulah , kalau kata tak, macam bohong aje. Kalau kata ya, itu terpulang kepada saya...Ini semua telah tertulis, sebagai orang Asia, sama ada orang Islam atau pengamal Feng Shui, malah apa pun agama yang anda peluk, ini adalah sejarah silam saya dan saya tidak mempunyai apa-apa idea mengenainya.

"Kenapa ia berlaku? Tetapi saya berharap ia datang daripada kerja keras saya dan akhirnya saya berharap ia adalah berbaloi. Saya tidak pasti," jelas Sarimah yang mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dalam pengacaraan rancangan televisyen, lakonan dan nyanyian.

Menyingkap sejarah kerjayanya, anak kacukan Malaysia dan Irish ini memulakan kerjaya gilang-gemilangnya pada 1995, ketika berumur 17 tahun.

Sarimah pada masa itu menjadi hos rancangan hiburan kanak-kanak 'The Attic Show' sebelum dia dikenali ramai.

Mengenai lelaki pilihan hatinya adalah berupa lelaki tempatan ataupun bangsa asing, Sarimah berkata jodoh itu ditentukan Allah.

"Susah nak pilih kerana saya betul-betul berdarah campuran. Orang Johor dan Ireland. Macam mana? It's not about me picking someone.. who's going to pick me?

"Sarimah ni siapa? Saya tidak pernah berimaginasi saya ini besar sangat sehingga boleh memilih lelaki idaman saya... never in my life.

"Saya hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya," kata Sarimah.

Artikel Lain