suria

Katie Holmes nyaris tidak maut bila keretanya terbakar di set penggambaran

Katie Holmes ketika sedang membuat rakaman program '106 and Park' di New York. foto-REUTERS
Katie Holmes ketika sedang membuat rakaman program '106 and Park' di New York. foto-REUTERS
Katie Holmes ketika sedang membuat rakaman program '106 and Park' di New York. foto-REUTERS

AKTRES Katie Holmes masih trauma dan fobia dengan insiden kebakaran yang dilaluinya semasa di set penggambaran apabila kereta yang dibawanya dalam set itu terbakar sebaik saja di memasukki kereta itu.

Aktres yang berusia 30 tahun itu sedang menjalani penggambaran di Australia untuk filem seram terbarunya, 'Don't Be Afraid Of The Dark'.

Katie kelihatan pucat dan begitu ketakutan sekali apabila bateri kereta yang dipandunya itu tiba-tiba mengeluarkan percikan api dan kemudiannya mengeluarkan api. Sejurus selepas itu, api besar menjilat keretanya dan terus terbakar sebaik dia keluar dari kereta.

"Katie begitu terkejut dengan insiden kebakaran itu. Dia mengambil cuti pada hari itu sementara kru filem memeriksa apa yang sebenarnya terjadi," kata sumber terdekat.

Sambung sumber itu lagi, "Jelas sekali, Katie masih tidak dapat melupakan episod yang berlaku itu dan benar-benar terperanjat. Kemungkinan dia akan meneruskan penggambaran pada waktu yang lain."

Katie, anak perempuannya Suri dan suaminya Tom Cruise tiba di Melbourne awal bulan ini dan menetap di rumah sahabat baik mereka, seorang billionaire bernama James Packer yang bertempat di suite peribadi di Tingkat 39, di Crown Towers Complex di Yarra River.

Sementara semua keluarganya berlibur, Katie akan menumpukan perhatiannya kepada penggambaran filem bersama bintang-bintang lain seperti Guy Pearce dan Bailee Madison.

Artikel Lain