suria

Tempat rahsia simpan dadah dijumpai di rumah MJ

Dr. Conrad C. Murray di ketika membuka Acres Homes Cardiovascular Center di bangunan Tidwell Professional, Houston. foto-AP as he opens the Acres Homes Cardiovascular Center at the Tidwell Professional Building, in Houston
Dr. Conrad C. Murray di ketika membuka Acres Homes Cardiovascular Center di bangunan Tidwell Professional, Houston. foto-AP

as he opens the Acres Homes Cardiovascular Center at the Tidwell Professional Building, in Houston
Dr. Conrad C. Murray di ketika membuka Acres Homes Cardiovascular Center di bangunan Tidwell Professional, Houston. foto-AP as he opens the Acres Homes Cardiovascular Center at the Tidwell Professional Building, in Houston

SUMBER dari penguatkuasa undang-undang memberitahu Dr Conrad Murray telah menyediakan sebuah tempat rahsia untuk menyimpan dadah termasuk dadah jenis 'Anesthesia Propofol' yang disembunyikan di dalam sebuah almari di rumah Michael Jackson.

Menurut sumber, ketika kali pertama pihak polis Los Angeles menjalankan operasi mencari bahan bukti pada malam Michael Jackson mati, mereka tidak menjumpai sebarang dadah jenis Propofol atau dadah lain di dalam rumah Michael.

Dr Conrad sekali lagi disoal siasat pihak polis dan maklumat yang diberinya telah mencetuskan kemusykilan.

Pihak polis kemudiannya mendapatkan waran geledah ke seluruh rumah. Apabila pihak polis pergi sekali lagi menggeledah rumah Michael, mereka telah berjaya menjumpai berbagai jenis dadah yang disembunyikan di tempat 'rahsia' di dalam sebuah almari di bilik tetamu di mana Dr Conrad tinggal.

Sumber dari penguatkuasa undang-undang memberitahu, Dr Conrad sendiri yang memberitahu pihak polis berkenaan almari tersebut ketika disoal siasat pada hari selepas Michael mati.

"Dadah-dadah tersebut diletakkan di tempat yang terlindung dan kami tidak dapat melihatnya dengan jelas," menurut satu sumber.

Di dalam tempat dadah tersebut disembunyikan, dadah jenis Propofol yang dipercayai telah membunuh Michael juga turut dijumpai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain