suria

Penasihat kewangan simpan 'duit rahsia' Michael Jackson

Michael Jackson mempunyai wang baki hasil penjualan albumnya, namun dirahsiakan. - foto AFP
Michael Jackson mempunyai wang baki hasil penjualan albumnya, namun dirahsiakan. - foto AFP
Michael Jackson mempunyai wang baki hasil penjualan albumnya, namun dirahsiakan. - foto AFP

BAGAIMANA cerita ini berjaya didedahkan? Semalam pentadbir khas yang menguruskan fail-fail hartanah Michael Jackson berkata mereka telah berjaya mendapatkan semula wang tunai sebanyak USD 5.5 juta daripada bekas penasihat kewangan Michael.

Penasihat tersebut, Dr Tohme Tohme, yang terlibat dalam kehidupan Michael mendakwa duit tersebut adalah satu rahsia.

"Perkara ini adalah rahsia di antara saya dan Michael," kata Dr Tohme yang memberitahu duit tersebut merupakan hasil baki keuntungan daripada album-album Michael yang telah terjual dalam satu temubual semalam.

Dr Tohme juga memberitahu, duit tersebut akan digunakan untuk membina sebuah rumah idaman Michael di Las Vegas.

Tohme juga menjelaskan Michael telah merayu kapadanya agar tidak memberitahu sesiapa mengenai duit ini.

Selepas kematian penyanyi itu, Tohme tampil ke hadapan dan memberitahu dia mempunyai satu rahsia yang hendak dibongkarkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain