suria

Paramedik: Michael telah mati apabila kami tiba

Michael Jackson dilaporkan telah pun mati ketika pasukan paramedik tiba di rumahnya. - foto AFP
Michael Jackson dilaporkan telah pun mati ketika pasukan paramedik tiba di rumahnya. - foto AFP
Michael Jackson dilaporkan telah pun mati ketika pasukan paramedik tiba di rumahnya. - foto AFP

SUMBER dari pihak penguatkuasa undang-undang memberitahu ketika pasukan paramedik tiba di rumah Michael Jackson penyanyi itu telah pun mati dan mereka terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengenal pasti mangsa tersebut adalah penyanyi popular itu.

Sumber memberitahu apabila pasukan paramedik tiba di rumah Michael, mereka dapati Michael seperti sudah tidak bernyawa lagi. Tiada denyutan pada jantungnya dan tiada tanda-tanda dia masih hidup.

Sumber lain turut memberitahu, pasukan paramedik ingin memaklumkan kematian Jackson di tempat kejadian, tetapi Dr Conrad Murray mendesak ingin membawa penyanyi itu ke hospital.

"Pasukan paramedik ketika itu tidak dapat mengenalpasti mangsa ersebut adalah Michael Jackson hampir 10 minit.

"Dia kelihatan seperti seorang yang lemah, sudah tua dan tenat," kata salah seorang ahli paramedik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain