suria

Ryan Reynolds terkejut Sandra Bullock mahu teruskan adegan bogel

Sandra Bullock dan Ryan Reynolds tiba di tayang perdana filem 'The Proposal' di Munich, German. foto-REUTERS

RYAN Reynolds mengatakan yang dia sangat terkejut apabila mengetahui bahawa produser dan aktres gandingannya dalam filem 'The Proposal' Sandra Bullock tidak keberatan untuk meneruskan adegan bogelnya.

Ryan berkata dia sebelum ini yakin Sandra akan menukar ataupun mengubahsuai babak itu untuk mengelakan daripada kekok atau malu melakonkanya.

Tetapi beliau tidak sangka apabila mendapati Sandra tidak ragu-ragu untuk meneruskan adengan itu.

"Secara jujur saya tidak pernah terfikir pengambaran untuk babak itu akan diteruskan... sebelum ini Sandra belum pernah tidak memakai seurat benang pun dalam mana-mana filemnya.

"Dua minggu lepas saya ada bertanya kepada Sandra untuk mendapat kepastian adakah adengan itu akan diteruskan.

"Kemudian beliau dengan selamba menjawab 'sudah pasti'," kata Ryan.

Artikel Lain