suria

Megan Fox tolak pegang watak gadis Bond

Megan Fox bergambar pada satu majlis menyambut ulang tahun ke 13 GQ magazine di Los Angeles. foto-REUTERS

SETIAP filem James Bond pastinya menggandingkan jelitawan bersama agen risikan British berkod "007".

Selain raut wajah yang ayu persis bidadari, pelakon wanita yang dipilih itu juga perlu berkarisma sesuai gadis pilihan Bond.

Bagaimanapun, menurut sumber, selebriti Megan Fox dikhabarkan tidak berminat untuk menjadi gadis Bond.

Jelitawan yang membintangi filem 'The Transformers' itu percaya penglibatan dalam siri filem James Bond tidak mampu memperkembangkan kerjayanya.

Fox ingin memainkan peranan yang lebih. Bukan sekadar menjadi gadis belaian agen risikan 007 itu.

"Dia (Fox) ingin memainkan watak yang lebih penting dalam filem itu," menurut sumber itu.

Artikel Lain