suria

Upacara Memorial MJ pula disiasat kerana ada unsur penipuan

ABANG Jackson menjadi pengusung keranda Michael pada 7 Julai 2009 di Staples Center di Los Angeles. foto-AP

PEGAWAI polis dari Los Angeles akan membuat siasatan terhadap upacara memorial Michael Jackson untuk mengetahui bagaimana wang yang diperolehi dari pembayar cukai yang digunakan untuk upacara tersebut dibelanjakan.

Upacara yang diadakan di Staples Center dan dihadiri oleh 17 pada 7 Julai itu menelan belanja sebanyak 1.4 juta dolar.

Kos yang dibelanjakan termasuklah membayar pihak berkuasa dan polis trafik untuk mengawal keadaan dan kesesakan lalu lintas serta perkhidmatan kecemasan.

Menurut sebuah laman web seorang Peguam di bandar itu, Carmen Trutanich mengesa supaya satu siasatan dibuat kerana ada dakwaan yang mengatakan wang tesebut disalahgunakan.

Bukti-bukti sudah pun dikumpulkan yang menunjukkan terdapat unsur penipuan dan jenayah dalam perkara itu.

Artikel Lain