suria

Rozita: Saya nak elak dari dikatakan 'playgirl'

Rozita berkali-kali menafikan yang dirinya sedang bercinta dengan Asrarudin Putra Omar. -foto TV3
Rozita berkali-kali menafikan yang dirinya sedang bercinta dengan Asrarudin Putra Omar. -foto TV3
Rozita berkali-kali menafikan yang dirinya sedang bercinta dengan Asrarudin Putra Omar. -foto TV3

SEJAK mengaku mengenali dan ‘berkawan’ dengan pemain bola sepak kebangsaan, Asrarudin Putra Omar baru-baru ini, terus pelakon cantik, Rozita Che Wan, 36, digosipkan bercinta dengan lelaki itu.

Namun, dia berkali-kali menafikan mereka sedang bercinta walaupun telah beberapa kali keluar berdua dan bergayut telefon sehingga 4-5 jam dengan pemain bola sepak itu.

“Bergayut (telefon) tak semestinya bercinta. Kami berkawan tanpa libat perasaan kerana saya risau kalau berkahwin dengan lelaki muda nanti dia akan kejar perempuan lain pula tetapi kalau muda 1-2 tahun tu ‘ok’.

“Sebelum ini, saya memang jaga dan tidak berani keluar dengan sesiapa bagi mengelakkan timbulnya gosip tetapi saya pun ada hidup sendiri..,” jelas Rozita yang berbeza umur sebanyak 15 tahun dengan Asrarudin.

Dalam mengelak dari berterusan digosipkan bercinta dengan lelaki berusia 21 tahun itu, Rozita turut mengakui sedang mengenali seorang lelaki biasa berusia 30-an dan merupakan seorang ahli perniagaan yang masih bujang.

“Saya baru sahaja mengenalinya dan tidak mengelak jika bertemu jodoh dengannya. Dia seorang yang terlalu baik dan akan menuruti apa yang saya perkatakan.

“Misalnya, kalau saya sebut sesuatu tu, terus benda tu akan sampai kepada saya.

“Mungkin itu caranya untuk memikat hati saya tetapi kami tak pernah keluar berdua,” cerita pelakon popular menerusi drama ‘Susuk’ dan ‘Ai, Di Beijing’ ini.

Namun, buat masa sekarang masih terlalu awal untuk mengatakan mereka akan mendirikan rumah tangga nanti.

“Saya belum terfikir tentang itu sebab saya mesti inginkan lelaki yang betul-betul menyayangi saya tetapi tak semestinya orang yang berkawan dengan kita itu akan menjadi jodoh kita.

“Tetapi tidak mustahil juga kalau tiba-tiba sahaja kami boleh terus berkahwin,” kata pelakon berketinggian 5’ 7” dengan berat 50 kg ini.

Jika sebelum ini, ramai yang menganggap Rozita lebih gemarkan lelaki bertaraf VIP berpangkat Datuk atau Tan Sri.

Malah dia juga tidak lari dari digosipkan dengan Tan Sri R, Datuk Seri Effendy Nawawi dan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K).

“Saya bukanlah jenis yang memandang lelaki VIP sahaja. Kalau hati dah suka, saya ‘ok’ sahaja dengan sesiapa pun tetapi saya lebih selesa dengan orang biasa sahaja.

“Saya kena kenal ramai orang untuk membuat pilihan yang terbaik. Jika nak dibandingkan dengan saya, orang di luar sana pun ada yang mempunyai ramai teman lelaki kan?

“Saya akui lebih cerewet dan ada hak (untuk cerewet). Kalau keluar cerita tentang artis, orang akan cop macam-macam. Jadi, kalau boleh saya nak elak dari dikatakan ‘play girl’.

“Kadangkala cerita gosip saya dengan VIP sedikit sebanyak membuatkan ‘saham’ saya jatuh dan hanya orang yang rapat dengan saya yang betul-betul tahu tentang kisah sebenarnya,” jelas bekas Dewi Remaja 1993/1994 ini.

Bercerita tentang perkembangan seninya, Rozita baru selesai menjalani pengambaran drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’ yang telah disiarkan di TV3 melalui slot ‘Lagenda’ mulai semalam, 21 Julai, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang dan ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam.

Menurut Rozita, sepatutnya dia mendapat watak ‘jahat’ namun disebabkan percanggahan masa dengan lakonannya yang lain, jadi dia terpaksa menolak tawaran itu dan menerima watak ‘baik’ bernama Aishah.

“Bagus juga saya menolak (berlakon watak jahat) kerana saya tidak terlalu pandai membawa watak jahat dibandingkan dengan NK (Norish) yang memang mantap lakonan jahatnya,” tuturnya yang pernah membawakan watak antagonis menerusi drama ‘Susuk’ dan ‘Ai, Di Beijing’.

Selain itu, dia baru selesai pengambaran telefilem Raya, ‘Kuih Goyang Seha’.

Sekarang, dia sedang sibuk dengan pengambaran filem ‘Adik Manja Kembali’ sebagai pengetua ‘glamor’ tetapi sopan dan seterusnya telefilem ‘Cantik’.

Rozita berkata dia akan sibuk berlakon sehingga bulan puasa ini sebelum mengerjakan umrah pada 29 Ogos hingga 15 September depan.

Artikel Lain