suria

Prince, Paris dan Blanket bakal terima 300 juta pound hasil filem MJ

Paris Jackson (kiri), Prince Michael Jackson dan Prince Michael Jackson II tampil semasa upacara memperingati Michael Jackson pada 7 Julai 2009 di The Staples Center, Los Angeles. -foto AP

ANAK-anak Michael Jackson dianggarkan akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak 300 juta pound hasil daripada tayangan filem Michael semasa beliau melakukan raptai terakhir untuk persembahanya di London.

Filem yang menelan belanja sebanyak 30 juta pound itu akan menayangkan hari-hari terakhir MJ dan ia sudahpun sedia dijual.

Ketua Anschutz Entertainment Group (AEG), Randy Philips berkata Prince,12 Paris, 11 dan Blanket, 7 akan mendapat royalti yang 'besar' hasil dari jualan itu.

Menurut Randy lagi, AEG mahu sekurang-kurangnya 5 juta pound untuk hak penyiaran TV mengenai satu slot yang akan memaparkan dokumentari khas Michael Jackson.

Dokumentari tersebut akan memaparkan satu wawancara khas bersama Raja Pop itu beberapa jam sebelum beliau meninggal dunia.

Ia akan ditayangkan September ini sebagai promosi filem Michael.

Filem itu dijangka akan ditayangkan di pawagam semasa sambutan Hari Krismas tahun ini.

Artikel Lain