suria

Katie Price anggap bekas suaminya seorang 'pondan'

Model British, Katie Price dan suaminya, Peter Andre mengambil foto bertarikh 14 April 2009.
Model British, Katie Price dan suaminya, Peter Andre mengambil foto bertarikh 14 April 2009.
Model British, Katie Price dan suaminya, Peter Andre mengambil foto bertarikh 14 April 2009.

KATIE Price dikhabarkan telah menemui kekasih baru iaitu juara seni mempertahankan diri, Alex Reid.

Menurut Katie, Alex adalah jauh berbeza daripada bekas suaminya, Peter Andre.

Sumber-sumber terdekat mendedahkan Kate, 31, menyifatkan Andre sebagai 'pondan'.

Sebaliknya, Katie melihat bekas bintang 'Hollyoaks', Alex yang bertubuh sasa itu lebih menampilkan sifat-sifat kelelakian sejati.

Katie Price atau lebih dikenali sebagai Jordan menemui Alex menerusi jurulatih peribadinya dan mereka berdua menghabiskan hujung minggu di rumahnya di Surrey.

Selepas berparti pada malam Sabtu, Alex singgah di rumah Kate lalu menetap sehingga Isnin.

Katie juga telah meminjamkan Alex pakaian-pakaian milik bekas suaminya.

Artikel Lain