suria

Jermaine: MJ tidak patut disemadikan bersebelahan 'orang jahat'

Jermaine ingin mayat MJ dikebumikan di Neverland dan bukannya di perkuburan awam- foto REUTERS
Jermaine ingin mayat MJ dikebumikan di Neverland dan bukannya di perkuburan awam- foto REUTERS
Jermaine ingin mayat MJ dikebumikan di Neverland dan bukannya di perkuburan awam- foto REUTERS

JERMAINE Jackson berkata, sehingga hari ini keluarganya masih lagi berbincang tentang tempat persemadian Michael Jackson.

Rata-rata ahli keluarga masih lagi dalam 'dilema' sama ada untuk mengebumikan MJ di ladang Neverland berdekatan Santa Barbara, California atau di tanah perkuburan awam di Los Angeles.

Kebanyakan ahli keluarga tidak bersetuju untuk mengebumikan MJ di Neverland kerana mendakwa bintang pop tersohor itu tidak mahu kembali ke tempat itu yang dikatakan telah tercemar gara-gara pertuduhan mencabul kanak-kanak yang dihadapinya dulu.

Menurut Jermaine kepada sebuah akhbar: "Michael telah pun menikmati kekaguman Disneyland sewaktu di Neverland. Itu adalah ciptaannya.

"Sebarang masalah yang anda alami akan hilang jika berada di sana. Sebab itu saya merasakan lokasi itu sepatutnya menjadi tempat persemadiannya.

"Saya benar-benar membantah idea untuk mengebumikannya di tanah perkuburan awam. Banyak yang telah dilakukannya kepada dunia dan dia perlu berada di tempat yang istimewa.

"Dia perlu berada di tempat yang selamat dan tidak berkongsi tempat dengan orang lain yang bukannya manusia baik. Di tempat-tempat itu (perkuburan awam), mereka menyemadikan orang-orang yang membuat perkara jahat dalam hidup mereka.

"Mengapa perlu dia (MJ) berada di samping orang jahat?"

Tambahnya, dengan mengebumikan MJ di Neverland, ia akan memudahkan ahli keluarga menguruskan isu keselamatan.

Namun begitu, kata putus terletak di tangan ibubapa MJ.

Artikel Lain