suria

Diaz berdepan cinta tiga segi dengan DiCaprio, Jude Law?

Cameron Diaz dikatakan berdepan dengan cinta tiga segi bersama dua aktor hebat iaitu Leonardo DiCaprio dan Jude Law

AKTRES Cameron Diaz nampaknya terlibat dengan cinta tiga segi bersama dua aktor hebat iaitu Leonardo DiCaprio dan Jude Law.

Menurut laporan, sejak beberapa minggu lalu, DiCaprio dan Law telah melalui beberapa temujanji dengan Diaz.

"DiCaprio telah berpisah dengan teman wanitanya, Bar Raefeli dan Diaz telah menunjukkan minat terhadapnya ketika DiCaprio berada di London untuk penggambaran filem.

"Diaz dilihat pulang ke rumah sewa DiCaprio di Knightsbridge beberapa kali minggu lalu. Mereka telah bergurau dengan beberapa teman mengatakan mereka bermain catur bersama," kata sumber.

"Law dan Diaz telah menjadi rakan baik setelah mereka menjayakan filem The Holiday, beberapa tahun lalu. Sekarang masing-masing solo, jadi keadaan nampaknya agak berbeza antara mereka.

"Law sering menggodanya dan Diaz nampaknya tidak kisah," tambah sumber itu.

Diaz baru-baru ini telah berpisah dengan model Paul Sculfor dan pernah menjalinkan hubungan yang lama dengan Justin Timberlake.

Artikel Lain