suria

Paula berkecil hati, tak mungkin kembali untuk musim baru 'American Idol'

Juri American Idol, Paula Abdul bergaya pada peringkat akhir The American Idol musim kelapan di Nokia Theatre L.A. Live pada 20 Mei 2009 di Los Angeles, California. -foto AFP

PAULA Abdul mungkin tidak akan kembali dalam rancangan 'American Idol' untuk musim yang ke sembilan, lapor pengurusnya kepada sebuah akhbar.

"Paula tidak gembira dengan perkembangan yang berlaku sekarang ini. Dia merasa kecil hati dan marah," kata pengurusnya, David Soonenberg.

Menurut David yang baru sahaja menjadi pengurus Paula pada akhir bulan Jun lepas, dia belum lagi menerima tawaran kontrak baru untuk Paula.

"Dalam situasi seperti ini, ia amat menyakitkan hati dan tidak menunjukkan perasaan hormat pun kerana mereka sepatutnya tampil untuk membuat penjelasan," kata David.

Artikel Sebelum

Artikel Lain