suria

Dr. Klein: "Saya ayah sebenar anak-anak Michael Jackson"

Dr. Arnold Klein muncul di program CNN's "Larry King Live" pada 9 Julai 2009.-foto REUTERS
Dr. Arnold Klein muncul di program CNN's
Dr. Arnold Klein muncul di program CNN's "Larry King Live" pada 9 Julai 2009.-foto REUTERS

SETELAH puas membuat penafian, akhirnya doktor peribadi Michael Jackson, dermatologis Dr Arnold Klein membuat pengumuman yang mengejutkan.

Kenyataannya yang terbaru bakal mencetuskan satu sensasi dan kontroversi. Klein memberitahu rakannya bahawa 'Saya ialah ayah sebenar mereka'.

Dan kini dia bercadang untuk membuat permohonan mendapatkan hak penjagaan kedua-dua anak Michael Jackson dan

Dermatologis Dr Arnold Klein membuat kenyataan yang mengejutkan itu kepada kawan-kawannya.

Kata Klein, dia mahu menjaga dan membesarkan Prince Michael, 12 dan Paris, 11.

Klien, yang dikenali umum sebagai seorang gay diselubungi kontroversi sejak dua minggu lepas apabila sering dikaitkan sebagai bapa kandung kepada kedua-dua anak Michael itu melalui kaedah permanian beradas.

Beliau sebelum ini dipanggil sebagai 'Uncle Arnie' oleh anak-anak Michael.

Jutawan berusia 64 tahun itu mahu membincangkan perkara itu dengan peguamnya.

Permohonan untuk penjagaan anak Michael itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Ini akan menjadi perkembangan yang paling sensasi mengenai keseluruhan saga Michael Jackson sebelum ini.

Laporan sumber yang rapat dengan Dr. Klein kepada sebuah akhbar mengatakan yang Klein yakin dia dan Debbie adalah ibu bapa kandung kepada kedua-dua anak Michael itu.

"Dia yakin boleh buktikan bahawa dia adalah ayah kandung kepada Prince dan Paris," katanya.

Apabila diasak dengan soalan untuk mengakhiri spekulasi bahawa dia bukan ayah kepada anak-anak Michael, jawapanya minggu lepas lebih banyak menimbulkan persoalan.

Sebelum ini beliau menyatakan dalam satu rancangan yang dihoskan oleh Larry King bahawa beliau pernah menderma spermanya.

Ketika ditanya oleh Larry, dia tidak pasti samaada Prince dan Paris adalah anak kandungnya atau bukan.

"Michael menyayangi mereka seperti seorang ayah dan merekea menyanygi Michael seperti seorang ayah.

"Perkara yang paling penting ialah siapa yang kanak-kanak itu mahukan sebagai ayah mereka," kata Dr Klein.

Artikel Sebelum

Artikel Lain