suria

Britney Spears terima ugutan bunuh melalui emel

Britney menerima ugutan bunuh menerusi e-melnya dan identiti pengirim itu tidak dapat dikenalpasti. - foto AP

PENYANYI pop, Britney Spears membatalkan hasratnya untuk membawa anak-anaknya melancong ke Russia setelah dia menerima ugutan bunuh melalui e-melnya.

Britney yang popular dengan lagu 'Toxic', kini sedang berada di Finland dan akan pergi ke Russia untuk dua konsertnya iaitu di St. Petesburg dan Moscow pada minggu depan, lapor satu sumber.

"Pada asalnya, kedua-dua anaknya itu akan bersama Britney tetapi dia(Britney) berkeras untuk tidak membawa mereka disebabkan ugutan yang diterimanya," kata satu sumber.

Selepas konsertnya di Moscow, Britney akan terbang terus ke London dengan menaiki jet persendiriannya untuk bersama anak-anaknya iaitu Sean Preston, tiga tahun, dan Jayden James, dua tahun.

Identiti pengirim e-mel ugutan bunuh tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Artikel Lain