suria

Koroner: Keputusan autopsi Jackson 2 minggu lagi

Keputusan bedah siasat Michael akan diketahui dua minggu lagi. - foto REUTERS
Keputusan bedah siasat Michael akan diketahui dua minggu lagi. - foto REUTERS
Keputusan bedah siasat Michael akan diketahui dua minggu lagi. - foto REUTERS

PEJABAT koroner wilayah Los Angeles mengumumkan ia akan mengambil tempoh masa yang lebih panjang untuk menyiapkan laporan autopsi Michael Jackson.

Pejabat tersebut sebelum ini dijangka menyiapkan laporan tersebut selewat-lewatnya minggu ini atau awal minggu depan.

Bagaimanapun, Penolong Ketua Koroner, Ed Winter berkata, kini pihaknya memanjangkan jangkaan tempoh itu kepada dua minggu.

Dia enggan menjelaskan punca kelewatan tersebut.

Laporan tosikologi antara lain perlu mempunyai maklumat tentang dadah dalam sistem badan Jackson ketika menghembuskan nafas terakhir.

Dan ia juga menerangkan punca kematiannya - maklumat utama dalam menentukan apa dakwaan jenayah yang boleh dikenakan.

Jackson meninggal dunia pada 25 Jun lalu.

Artikel Lain