ABANG Michael Jackson, Tito mendedahkan Raja Pop itu makan banyak lobak merah sehingga warna tangannya bertukar jingga.Tito berkata, Michael mengidam-idamkan sayur-sayuran dan pernah memakannya hampir setiap hari pada satu peringkat. "Michael biasa makan secara sihat - dia makan banyak sayur-sayuran. Pada suatu ketika, dia makan begitu banyak lobak merah sehingga tangannya bertukar warna," tambahnya."Dia seorang 'vegetarian', tidak pernah makan daging, hanya sayur-sayuran dan makanan yang menyihatkan badan, jus dan buah-buahan - sama juga seperti anak-anaknya," tambahnya.Tito juga mendedahkan Jackson suka bermain permainan video di ladang ternak Neverland, tidur dengan diselimuti 'rhinestone' dan ketagih bermain iPhone.Bagaimanapun dengan kanak-kanaknya, Michael merupakan seorang ayah yang normal."Terdapat kisah Michael dan anak-anaknya tidur sebilik, di atas katil yang sama, tetapi cerita itu mengarut," ujar Tito.