suria

Liz Taylor nafi Jackson punca dia jatuh sakit

Foto bertarikh 16 Februari 1998 menunjukkan aktres Elizabeth Taylor tiba bersama Raja Pop, Michael Jackson di The Pantages Theater, Hollywood untuk meraikan hari jadi Taylor. -foto AP

BINTANG terkenal Hollywood, Elizabeth Taylor menafikan laporan sebelum ini yang mengatakan beliau terpaksa dikejarkan ke hospital kerana terlalu sedih dengan kematian Michael Jackson.

Sebuah laman web menyatakan yang pelakon berusia 77 tahun itu menghadapi masalah kesihatan sejak 10 tahun kebelakangan ini dan terpaksa dibawa ke hospital Isnin lepas.

Namun selepas kejadian itu ada laporan mengatakan ia berlaku disebabkan beliau keletihan selepas tidak henti-henti menangis disebabkan kematian Jackson.

Wakil kepada Liz mengatakan bahawa dia dibawa ke hospital untuk menjalani satu proses pembedahan minor.

"Dia hanya menjalani pembedahan kecil, tidak perlu ubat pelali pun... tiada siapa yang perlu risau," kata jurucakap Liz itu lagi.

Artikel Lain