suria

Jackson seolah-olah macam zombie selepas 'membakar kulitnya'

Michael Jackson semasa beraksi dalam konsertnya, "30th Anniversary Celebration, The Solo Years" pada 7 September, 2001 di New York's Madison Square Garden. -foto REUTERS
Michael Jackson semasa beraksi dalam konsertnya,
Michael Jackson semasa beraksi dalam konsertnya, "30th Anniversary Celebration, The Solo Years" pada 7 September, 2001 di New York's Madison Square Garden. -foto REUTERS

RAJA POP Michael Jackson dilaporkan ketagihan ubat penahan sakit selepas rawatan "membakar dan memutihkan" warna kulitnya.

Menurut sumber, doktor-doktor telah menggunakan asid untuk tujuan tersebut. Rawatan sedemikian amat menyakitkan Jackson.

Seorang bekas jururawat memberitahu Jackson menjalani beberapa rawatan mengelupas lapisan muka dengan cara laser dan pemutih kulit.

Katanya, dia terlalu memikirkan penampilannya sehingga sanggup menjalani rawatan mengopek lapisan belakang kulit.

Memandangkan rawatan tersebut amat menyakitkan, Jackson telah mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan, termasuk ubat penenang, Diprivan - sejenis anaestetik untuk menghilangkan rasa sakit.

Malah, Jackson didakwa merayu doktor untuk memberikannya sedatif yang dapat bertahan selama tiga hari pada satu-satu masa.

Kathryn Buschelle, seorang pakar bedah plastik Jackson, mendakwa bintang tersebut hampir terbunuh selepas berhempas-pulas sedar daripada 'tidur' yang dihasilkan menerusi penggunaan dadah.

"Kekemarukan Michael terhadap penampilannya memperlihatkan dia menjalani lebih banyak rawatan kulit. Akhirnya, dia ketagihan ubat 'Diprivan'.

"Ia adalah satu kitaran (penggunaan ubat 'Diprivan') yang menggilakan," media memetik Buschelle sebagai berkata.

"Dia hakikatnya membakar kulitnya sehingga terkelupas dan dia seolah-olah satu zombie. Ia macam satu skrip filem seram," tambahnya.

Buschelle mendedahkan Jackson mempunyai obsesi tentang pembedahan selepas menjalani pembedahan graf kulit (skin graft) ekoran kerosakan pada hidungnya.

"Jackson terus membuat lebih banyak graf kulit. Michael dapat melihat kulitnya dapat mencapai ton warna yang cerah dengan mengelupas lapisan demi lapisan kulit ditambah pula dengan agen pemutihan," katanya.

"Michael, saya diberitahu, teruja melihat lapisan putih di bawah kulit. Ini mendorongnya untuk meluntur warna kulitnya, pengelupasan kulit muka dengan asid dan kemudiannya rawatan laser," tambah Buschelle.

Artikel Berikut

Artikel Lain