suria

Lagu Berduit Suria FM di WANGikan oleh Onedrop perfumes

Para pemenang kempen ‘Suria FM Senyum & Menang RM 18, 000 bersama Tuah Zoqarnain dan Zizi’ bergambar bersama Ketua Pegawai Operasi Suria, Engku Emran Engku Zainal Abidin (berdiri kanan) serta penyampai Tuah dan Zizi (duduk kanan).

BERMULA 20 Julai ini sehingga 16 Ogos, pendengar berpeluang memenangi sebahagian daripada RM75 ribu menerusi 'Lagu Berduit Suria FM diWANGikan oleh Onedrop Perfumes'.

Setiap hari, 1 lagu akan dipilih sebagai 'Lagu berduit'.

Talian SMS akan dibuka selama 20 minit sebaik sahaja ‘Lagu Berduit’ dikeudarakan.

Selepas talian sms ditutup, penyampai Suria FM akan menghubungi salah seorang pengirim SMS dan dia perlu menjawab panggilan dalam masa 5 saat kemudian memberikan tajuk lagu bagi ‘lagu berduit’ yang baru dikeudarakan.

Paling mudah, pendengar harus dengarkan 'Breakfast@suria' bersama Tuah & Zizi, pukul 8 pagi setiap hari untuk mengetahui apakah lagu berduit yang telah dipilih untuk hari itu.

Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my

Umum pemenang ‘Suria FM Senyum & Menang RM 18, 000 bersama Tuah Zoqarnain dan Zizi’

Kempen ‘Suria FM Senyum & Menang RM 18, 000 bersama Tuah Zoqarnain dan Zizi’ yang berakhir pada 10 Julai lalu menyaksikan peserta dari Labu, Negeri Sembilan, Azariah Ahmad, dinobatkan sebagai juara oleh pendengar Suria FM, menerusi undian secara talian di www.suriafm.com.my sekaligus merangkul wang tunai RM10 ribu.

Manakala peserta dari Damansara Damai, Faizah Kasim meraih tempat kedua berjaya membawa pulang RM5 ribu.

Bermula 6 Jun lalu, lima gambar kreatif terpilih telah dipaparkan di www.suriafm.com.my dan proses undian secara talian dibuka kepada pendengar Suria FM.

Setiap hari, sekeping gambar yang mendapat undian terendah telah di keluarkan.

Kemuncak kempen ini adalah pada pagi 10 Julai, yang mana dua pemilik gambar kreatif yang mendapat undian tertinggi telah di bawa ke studio Suria Fm untuk bersama crew 'Breakfast@Suria', Tuah dan Zizi.

Kempen yang berlangsung sejak sebulan lalu ternyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada pendengar dan sepanjang sebulan kempen ini berlangsung, pihak Suria telah menerima lebih dari empat ribu penyertaan daripada seluruh Negara.

Artikel Berikut

Artikel Lain