suria

Katy Perry mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki kreatif

Katy Perry ketika melakukan persembahan pada 17th Life Ball di Vienna. foto-REUTERS
Katy Perry ketika melakukan persembahan pada 17th Life Ball di Vienna. foto-REUTERS
Katy Perry ketika melakukan persembahan pada 17th Life Ball di Vienna. foto-REUTERS

PENYANYI terkenal Katy Perry mendedahkan yang dia mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki yang kreatif dan mempunyai persamaan minat seperti beliau.

Penyanyi 'Waking Up in Vegas' itu berkata dia hanya mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki yang minat terhadap kerjaya mereka.

"Sekarang saya lebih tertarik kepada lelaki yang kreatif seperti ahli muzik atau artis yang mempunyai minat yang mendalam kerjaya mereka."

"Rupa paras merupakan perkara kedua bagi saya... saya lebih pentingkan perwatakan dalaman lelaki tersebut." katanya

"Dulu saya lebih mementingkan bentuk tubuh badan, itulah sebabnya hubungan saya dengan seorang pemain golf gagal."

"Saya langsung tidak meminati permainan golf dan dia pula tidak minat terhadap muzik... tiada persamaan di antara kami" katanya lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain