Ahli keluarga Michael Jackson ketika upacara memorialnya di Staples Center, Los Angeles.KAKAK kepada lagenda pop Michael Jackson, La Toya mendakwa yang beliau tahu siapa yang 'membunuh' adiknya dan berjanji akan mendedahkanya kepada orang ramai sekiranya mahkamah tidak dapat memberikan pengadilan yang sewajarnya.Kakak kepada Raja Pop itu mengatakan ramai pihak mengambil kesempatan ke atas Michael dan 'membunuh' beliau untuk mendapatkan kekayaan daripada penerbitan muzik Michael yang berjumlah lebih $1 billion dolar, lapor sebuah laman web. La Toya sudah memberitahu pihak polis siapa sebenarnya yang terlibat dalam kematian adiknya itu dan berjanji akan mendedahkan dalang di sebalik kejadian itu kepada orang ramai."Sekiranya keadilan tidak dapat ditegakan di mahkamah, saya sendiri akan mendedahkanya. Saya sudah pun menjelaskan kepada polis siapa yang terlibat," katanya.